Tuesday 2 February 2016

Jawapan bagi mereka yang bertanya

Oh nooo! Soalan yang sama
Kau bila lagi? Classmate kau ramai yang dah majlis.
Cinta sayang kasih jujur ikhlas
Kau rasa mudah? Kau rasa senang?
Tanggungjawab amanah
Kau rasa?

Aku bukan mereka
Mereka bukan aku
Kita sama usia
Kita sama ada perasaan
Tapi jalan aku belum tiba lagi
Dan jalan engakau sekarang
Bukan aku hasad
Tapi aku doakan!
Bahagia itu milikmu

Perempuan di panggil " kakak" itu lah aku..
Nampak mudah! Tapi bagi aku sukar!
Biarlah aku terus setia pada mereka walaupun di buru dengan pertanyaan yang sama
Ya! Usia muda lagi sesuai untuk berpindah milik! Tapi aku katakan tidak uuntuk diriku sendiri!

Itu aku! Kau lain
Kau cara kau dan aku cara aku
Bukan aku memilih tapi aku pilih untuk membuat pilihan

Tunggu aku jika kau mampu sehingga aku rasa aku selesai
Bila? Aku akan ungkapkan
Maaf kerana menyeksa tapi aku tetap setia pada mereka

Kau memilih sangat! Perempuan tak payah keluar duit la! Semua serah pada lelaki
Itu detik hati kau

Tapi aku TIDAK! Cukupla mereka berhabis duit untuk pembelajaran ku
Tak mampu aku mau bebankan untuk najlis aku!

Ingat! Itu aku bukan kau
Cara aku!
Aku rancang tapi Allah yang menentukan❤

Salam sayang,

Monday 21 December 2015

Ibrah!

Kebahagiaan seorang anak apabila berada dekat dengan ibu bapanya

Menjadi pendidik banyak ibrah yang aku dapat!
Mengajar di sekolah yang mostly anak yatim dan tinggal di rumah anak yatim!

YaAllah sedih rasa! Umur 9 tahun dah pandai basuh baju sendiri, iron baju Buat kerja sekolah tanpa ibu dan ayah!

---------------------------------------------------------------
Duit belanja sapa bagi? 
Solat jemaah subuh baru dapat duit belanja Ustazah! 
Deep! 
Aku solat subuh? 
Bangun solat?

Patutla akhlak mereka masyaAllah mulia sungguh!

Sungguh jadi apapun di dunia ini ada ibrahnya! Hanya kita ingin ambil atau biarkan!

Hakikatnya! Jadilah kita hamba yang sentiasa melakukan kebaikan kepada sesiapapon! Iyaa! Mereka istimewa

Anak syurga!

Salam rindu!

Dari hati untuk hati

Berkati ilmu kami ya Allah

Rindu! Itu lafaz yang terungkap dari hati ke suara yang keluar. Rindu pada anak didik SK Perik. YaAllah mereka ahli syurga.

Cuma nak tinggalkan satu kisah untuk kenangan diri sendiri Dan untuk follower. InsyaAllah

Satu hari masuk kelas yang bising dengan meja dan sampah yang berselerak! Beri salam terus marah. Ya rahman time tu tak boleh nak sabar sebab penat. 30 minit masa tapi rasanya satu kata-kata yang aku lafazkan agaknya masuk atau tak!

Balik terus nangis dan fikir balik
Kenapa hari ini nakal mereka lain macam! Fikir balik

Malam tadi aku Solat taubat ?
Aku Solat awal?
Aku baca Quran?
Aku sedekahkan alfatihah?
Aku doakan mereka?
Aku selawat?
Aku istighfar?
Aku ikhlas?

 Fikir balik oh! Aku makin lalai. Balik penat dan terus tidur sampai nak nagis sebab tak just

Esoknya! Buat balik apa yang tak buat Dari senarai checklist kat atas!

Alhamdulillah! Ye betul! Nak didik mereka walaupun cantik mana baju, kuat mana suara tapi hati kene bersih!  YaAllah jadikan kami bakal pendidik yang cantik akhlaknya..

Aku rindu mereka

Tuesday 16 June 2015

ramadhan yang datang

 Ahlan wasahlan ya ramadhan..

Alhamdulillah! Allah bagi kita peluang lagi untuk ramadhan kali ni.
As as women, banyak benda kene settle nak ramadhan nih. Eh..bukan buat kuih raya!

Ni antara benda yang aku selalu buat.. Jom kita buat sikit- sikit kebaikan..

Macam biasa la perempuan ke lelaki ke kene bersih! Paling pantang orang pakai baju nak solat dan telekung yang kurang menyenangkan! Pahala jugak tau bagi orang selasa dengan kita. Depan manusia perlu cantik, bersih..depan pencipta 100% lagi la kene everthing good..

Jangan lupe! Siapakan semua sepersalinan pakaian solat kita untuk beribadah..tak perlu mahal yang penting bersih dan menutup aurat. Lagi penting wanggiii 💠

Lagi satu siap- siap plan berapa lama kita take time nak baca Quran untuk sehari. Walaupun ada cara yang ada aku perasaan orang banyak share. Tapi kita ikut kemampuan kita. At least siap kali solat kita baca! Tak sempat kita topap malam.

Semoga niat kita dalam lakukan kebaikan terus istiqamah! Be tough!

Salam ramadhan,
 Zulaikhauzali

Monday 15 June 2015

cikgu @ ustazah

Bismillah
Dah habis praktikum barulah nak mula balik penulisan esei aku ni. Sikit- sikit aku akan cerita moments masam dan manis pasal praktikum. Senang citer memang daebakk lah. Oppss alhamdulillah! Banyak ilmu aku dapat. Dari ilmu pasal dunia pendidikan, dunia rumah tangga, dunia ibu semua aku perolehi. Partner praktikum pon cool je tak pernah bagi aku stress..syukur!

Eh..kejap bahasakan diri cikgu kejap ustazah ada paling best teacher.. Now.. Aku dah jatuh cinta dengan dunia pendidikan..
 I fall in love ❤

Apapon panggilan aku tetap sukan orang panggil cikgu walaupun pengkhususan aku bahasa arab..yes! Now i'm cikgu! Just call me cikgu zulaikha

"Menjadi guru bukan mudah, bukan hanya membuka mulut, tanda buku dan masuk kelas, tapi menjadi guru itu perlua ada hati yang ikhlas dengan niat mendidik dan memberi kepada anak syurga"



salam sayang,
cikgu zulaikha


Wednesday 29 October 2014

rahmat dalam keluarga

Alhamdulillah... Makin hari umur makin bertambah, makin banyak juga dosa yang kita lakukan!
fikirkah..berapa banyak amalan kita Allah terima
Allahu..aku juga begitu
ending untuk buku hari ini
Bagaimana nak dapat rahmat berkeluarga..
Jengjeng...bagi yang nak dirikan rumahtangga dan berhasrat..jom kita try sikit-sikit

Firstly- jaga solat awal waktu
Second- baca Quran setiap hari
Third- baca hadis @ sirah zaman Rasulullah untuk anak-anak..

Jom kita update diri jadi baik...
*keep pray on Him to ease our work..

Wednesday 23 November 2011

waHai SaHaBat

Sahabat...
Jika hari ini aku terlalu gembira..
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah..
Jikaku bersedih tanpa kata...
Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta..
Jikaku lemah tak berdaya..
Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga..
Jika antara kita ada tembok yang memisah...
Ajaklah aku meleraikannya segera..
Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku...
Luahkanlah agar aku mengubah diriku..
Dan jika esok kulena tanpa terjaga..
Iringilah lenaku dengan kalungan doa..
Semoga ukhwah sentiasa dipeliharaNya.
.
SERonok bersahabt....huhu....ini lah shbt yg bnyak mmbntu saya...