Monday, 21 December 2015

Ibrah!

Kebahagiaan seorang anak apabila berada dekat dengan ibu bapanya

Menjadi pendidik banyak ibrah yang aku dapat!
Mengajar di sekolah yang mostly anak yatim dan tinggal di rumah anak yatim!

YaAllah sedih rasa! Umur 9 tahun dah pandai basuh baju sendiri, iron baju Buat kerja sekolah tanpa ibu dan ayah!

---------------------------------------------------------------
Duit belanja sapa bagi? 
Solat jemaah subuh baru dapat duit belanja Ustazah! 
Deep! 
Aku solat subuh? 
Bangun solat?

Patutla akhlak mereka masyaAllah mulia sungguh!

Sungguh jadi apapun di dunia ini ada ibrahnya! Hanya kita ingin ambil atau biarkan!

Hakikatnya! Jadilah kita hamba yang sentiasa melakukan kebaikan kepada sesiapapon! Iyaa! Mereka istimewa

Anak syurga!

Salam rindu!

Dari hati untuk hati

Berkati ilmu kami ya Allah

Rindu! Itu lafaz yang terungkap dari hati ke suara yang keluar. Rindu pada anak didik SK Perik. YaAllah mereka ahli syurga.

Cuma nak tinggalkan satu kisah untuk kenangan diri sendiri Dan untuk follower. InsyaAllah

Satu hari masuk kelas yang bising dengan meja dan sampah yang berselerak! Beri salam terus marah. Ya rahman time tu tak boleh nak sabar sebab penat. 30 minit masa tapi rasanya satu kata-kata yang aku lafazkan agaknya masuk atau tak!

Balik terus nangis dan fikir balik
Kenapa hari ini nakal mereka lain macam! Fikir balik

Malam tadi aku Solat taubat ?
Aku Solat awal?
Aku baca Quran?
Aku sedekahkan alfatihah?
Aku doakan mereka?
Aku selawat?
Aku istighfar?
Aku ikhlas?

 Fikir balik oh! Aku makin lalai. Balik penat dan terus tidur sampai nak nagis sebab tak just

Esoknya! Buat balik apa yang tak buat Dari senarai checklist kat atas!

Alhamdulillah! Ye betul! Nak didik mereka walaupun cantik mana baju, kuat mana suara tapi hati kene bersih!  YaAllah jadikan kami bakal pendidik yang cantik akhlaknya..

Aku rindu mereka